Security (ex-UTK)
bjakcareer · Remote
Kami sedang mencari Pengawal Peribadi (Bekas UTK / Tentera / Polis) yang profesional, berdisiplin, berpengalaman, dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi untuk memastikan keselamatan serta pergerakan majikan dan keluarga sentiasa terjaga. Calon mestilah mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik, peka terhadap persekitaran, serta mampu bertindak pantas dalam situasi kecemasan. Bekas anggota UTK, PDRM, tentera, pengawal keselamatan VIP, atau individu yang mempunyai pengalaman perlindungan peribadi amat digalakkan untuk memohon. Jadual Kerja 6 hari seminggu (berdasarkan jadual syif dan keperluan majikan) Waktu kerja biasa: 8:00 pagi – 5:00 petang Kerja selepas 5:00 petang dikira sebagai OT Tanggungjawab Utama Menjamin keselamatan majikan dan keluarga sepanjang masa. Mengiringi majikan ke mesyuarat, acara, perjalanan, dan urusan harian. Menilai risiko keselamatan serta sentiasa peka terhadap persekitaran. Mengawal dan memantau pergerakan individu atau situasi yang mencurigakan. Bertindak pantas dan profesional dalam situasi kecemasan atau ancaman keselamatan. Merancang laluan perjalanan yang selamat dan efisien menggunakan Waze / Google Maps. Memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan bersih, baik, dan bersedia digunakan. Menjaga kerahsiaan serta privasi majikan dan keluarga. Bersedia bekerja lebih masa, perjalanan luar kawasan, hujung minggu, dan cuti umum apabila diperlukan. Membantu tugasan lain yang berkaitan dengan keselamatan dan operasi harian majikan apabila diperlukan. Kelayakan Warganegara Malaysia. Fizikal sihat, cergas, dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Tiada rekod jenayah atau salah laku disiplin. Lesen memandu yang sah dengan rekod pemanduan bersih. Minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan, pengawal peribadi, tentera, polis, atau perlindungan VIP. Bekas UTK / PDRM / tentera amat digalakkan memohon. Mempunyai kemahiran defensive driving adalah satu kelebihan. Peka terhadap keselamatan, berfikiran matang, dan mampu bekerja di